Lumrah bagi pasangan yang
berkahwin, mesti nak dapat anak cepat-cepat. Lebih-lebih lagi bila rakan
seangkatan yang berkahwin lebih kurang tempoh yang sama, semua dah menimang
cahayamata, bunting pelamin misalnya. Tertekan juga kadangkala, apabila teman2
semua dah bertiga, berempat.. kita masih berdua.
Antara penyebab biologi sukar hamil di kalangan
wanita:
~ Tiub fallopian tersumbat
~ Endometriosis
~ Mempunyai hormon prolaktin yang tinggi
(prolaktin ialah hormon penghasilan susu yang mengganggu penghasilan telur)
~ Menghidap PCOS (mempunyai hormon kelelakian
yang tinggi menyebabkan telur tidak matang)
~ Masalah hormon
~ Tumor pituitari yang mengganggu penghasilan
telur
~ Menopous sebelum waktunya
~ Masalah tiroid
~ Fibroid
Penyebab biologi di kalangan lelaki:
~ Jangkitan kuman atau penyakit yang dihidapi
sewaktu kecil yang merencatkan sistem pembiakan
~ Jangkitan kuman akibat penyakit kelamin dari
hubungan seksual
~ Menghidap azoopsermia iaitu testis yang tidak
berfungsi untuk menghasilkan sperma
~ Menghidap hernia
~ Gangguan hormon
~ Salur sperma tersumbat
~ Mati pucuk, lemah tenaga batin, dsb
Penyebab2 dari faktor luaran (lelaki dan wanita)
~ Hubungan seksual di luar waktu kesuburan
~ Stress dan tekanan
~ Pemakanan yang tidak sihat
~ Kekurangan zat
~ Amalan merokok atau meminum alkohol
~ Mengambil terlalu banyak ubat-ubatan (drug)
~ Terdedah kepada pencemaran
~ Terlalu kurus atau terlalu gemuk
Bagi penyebab biologi, anda suami isteri
dinasihatkan mendapat khidmat pakar dalam bidang reproduktif, agar masalah anda
berdua dapat diselesaikan secara medikal.
Sekiranya anda berdua tiada masalah biologi,
bermakna peluang untuk anda cepat dapat anak adalah cerah. Namun, anda mesti
bersedia untuk mengubah cara hidup anda.
Bersenam
Bersenam bukan sahaja menyihatkan badan, malah
memberi kesegaran minda. Badan yang sihat dan minda yang tenang menurunkan
paras stress dan meningkatkan hormon kesuburan anda.
Mengelakkan pencemaran
Mungkin kita tidak dapat lari dari pencemaran,
terutama pencemaran udara. Anda boleh menghentikan diri dan keluarga dari
menjadi punca dan mangsa pencemaran dengan mengamalkan ‘green-living’.
Setidak-tidaknya dengan berhenti merokok
Mengambil supplement (vitamin & mineral)
untuk menambah kesuburan
Kesuburan boleh ditingkatkan dengan pengambilan
supplement berikut:
Vita-Lea - kesuburan wanita banyak dipengaruhi
oleh vitamin A. Jadi untuk cepat dapat anak, seorang wanita (lelaki juga) harus
melengkapkan diri dengan mengambil multivitamin dan multimineral. Kenapa kena
ambil multi? Kerana ia membekalkan vitamin dan mineral perlu dalam kehidupan
kita sehari-hari, bagi memastikan kesihatan berada di tahap optimum.
Mangan dan magnesium di dalam Vita-Lea membantu
ereksi bagi lelaki.
B-Complex – Vitamin2 B3, B6 dan B12 memainkan peranan
penting dalam memulihkan tenaga (menukar makanan kepada tenaga). Penting bagi
mereka yang hidup dalam keadaan sibuk, selepas kerja di pejabat yang
memenatkan, anda memerlukan tenaga untuk bersama dengan suami/isteri.
Vitamin B12 juga berperanan dalam
memperbanyakkan sperma
Vita-C - Sebagai vitamin yang menjaga kesegahan sel,
vitamin C juga berfungsi menghasilkan sel sperma yang sihat. Sperma yang tidak
sihat, lembik, lembab… akan menghadapi masalah untuk bersenyawa dengan sel
ovum.
Vita E with
Selenium - bekerja bersama2 dengan vitamin C sebagai
anti oksidan. Radikal bebas dalam tubuh mampu merosakkan sperma dan ovum. Jadi
bagi menjaga kualiti sperma, seseorang lelaki harus mengambil vitamin E dalam
kadar yang mencukupi. Selenium lengkap dalam Vita E Shaklee, untuk membantu
pergerakan sperma agar lebih tangkas dan bergaya.
Omega
Guard – Omega 3 dan Omega 6 meningkatkan kelicinan
pergerakan sperma bagi memudahkan persenyawaan.
Zinc - meningkatkan hormon testosteron dan bilangan
sperma.
Alfalfa – membantu mengatur pusingan haid, masalah
keputihan dan masalah kewanitaan.
Kalau nak ambil semua mungkin terlalu banyak,
jadi untuk mereka yang mahu mencuba, ikhtiar untuk cepat dapat anak, saya
cadangkan ambil supplement di bawah sebagai permulaan.
Untuk Suami : Set Family Wellness (vitalea+b complex+vita C) bersama Vita-E dan
Zinc
Untuk Isteri : Set Family Wellness (vitalea+b complex+vita C) atau Set Family
Wellness (vita-ea+b complex+vita C) bersama vita-E +alfalfa
SUMBER
Catat Ulasan