Revolusi Terbaru dari Shaklee
Vivix™
Minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol.
Vivix ™ mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol.
Apakah Polifenol?
Siapa yang memerlukan Vivix?
Biasanya kami menyarankan sekiranya mengambil Vivix, tidak perlu mengambil suplemen lain. Ya, ini kerana harganya yang agak mahal. Namun, sebenarnyaVivix boleh diambil dengan suplemen lain, kerana ia memberi kesan sinergi bila diambil bersama-sama. Walau bagaimanapun, Vivix sahaja sudah cukup bagus untuk memperbaiki sel, menghapuskan radikal bebas dan memperbaiki DNA.
Vivix perlu disimpan dalam peti sejuk kerana penghasilannya dari bahan semulajadi memerlukan suhu rendah agar tahan lebih lama.
Bagi pengguna Islam, tidak perlu risau kerana Vivix juga telah mendapat sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Bakal dipatenkan tidak lama lagi. Bahan-bahan utamanya telah diuji secara klinikal dan ianya eksklusif untuk Shaklee.
Khasiat VIVIX
1) Memperbaiki DNA.
Setiap hari, tubuh kita mengalami kerosakan DNA (salah satunya akibat radikal bebas) yang menyebabkan proses penuaan terjadi begitu cepat. Vivix membantu melambatkan dan melindungi DNA sel tubuh kita dan melambatkan proses tersebut.
2) Memperbaiki tenaga sel.
Semakin tubuh kita terdedah kepada penuaan, semakin cepat sel tubuh kita kehilangan tenaga. Ini akan menurunkan fungsi sel. Vivix membantu menguatkan sel tubuh.
3) Membantu meningkatkan fungsi otak, kardiovaskular, imuniti dan sendi.
Semakin tua, semakin kita rasa sakit sana sini, ingatan pun makin pudar. Vivix membantu mengembalikan keremajaan.
4 Cara tindakan VIVIX
1. Mempertahankan sel (cell defense)
2. Memberi tenaga kepada sel (cell energy)
3. Memperbaiki sel (cell repair)
4. Meningkatkan prestasi sel (cell performance)
Tips Cantik & Sihat Ayu Raudhah
Tips kecantikan wajah
- Membersihkan dan menjaga muka dengan kerap
- menyapu ais pada muka untuk merawat kulit bermasalah
- Menjalani rawatan muka dari produk2 yang dipercayai
Tips kesihatan rambut
- menggunakan daun bunga raya
Tips kesihatan tubuh badan
- menjaga pemakanan
- melakukan senaman (bangkit tubi 50 kali sebelum tidur)
- mengamalkan sirap Shaklee (Vivix)
Jom cantik dan sihat macam Ayu Raudhah :)
Vivix bukan sahaja untuk kecantikan
**Testimonial Vivix**
SUMBER-IRA
**Testimonial Vivix**
Salam bahagia,
Pagi ni saya nak berkongsi berita gembira. Baru malam tadi saya
hubungi ayah. Bertanya khabar. Yelah, memang saya selalu hubungi ayah. Tapi
sebelum ni tak tanya pulak pasal hal ni. Heheh..Saya tanya ayah samada ayah
masih konsisten ambil vivix setiap malam sebelum tidur atau tak. Sebab ayah
saya ni jenis yang sangat liat nak ambil vitamin. Lagi pula ayah tahu harga
vivix ni sedikit mahal. Ayah tak mau vivix cepat habis sebab ayah takut
menyusahkan saya untuk topup vivix dengan lebih cepat. Selalu saya pesan kepada
ayah untuk mengambilnya secara konsisten. Bulan ni adalah bulan kedua saya
mensupply vivix untuk mak ayah saya. Dan subhanallah…ia telah menunjukkan hasil
yang sangat memberangsangkan.
Untuk pengetahuan semua, ayah saya mempunyai masalah sakit
lutut. Beliau juga mempunyai penyakit darah tinggi. Ayah pernah kena mild
stroke 4 tahun lepas kerana lupa ambil ubat selama 2 hari. Ayah masih
berasa kebas2 di satu belah tubuhnya. Sehinggalah bulan lepas saya
berikan vivix untuk mak dan ayah gunakan semasa berpuasa dan disambung untuk
botol seterusnya pada bulan ini.
Apa perubahan yang ayah saya alami? Pada mulanya ayah hanya tahu
vivix ni hanya untuk sakit lutut. Sebab ayah ni jenis sangat liat nak ambil
vitamin,lagi2 yang mahal sikit. Ni sebab ayah selalu mengadu sakit lutut kepada
saya. Tapi tadi saya bagitahu ayah untuk terus konsisten ambil vivix sebab ia
juga penawar untuk darah tinggi. Kemudian ayah cerita,” Ayah gi buat check up kat doctor. Bila di chek, dapat result yang
menggembirakan. Sebelum ni tekanan darah ayah tidak pernah 150/90. Biasanya
170/100 atau 160/100”.
Saya sangat bergembira dengan result ini. Dan saya doakan agar
ayah dan mak saya semakin sihat dan bahagia selamanya. Saya tak kisah nak topup
vivix untuk mak ayah saya setiap bulan pon sebab walaupon ia mahal, ia sangat
berbaloi.
Catat Ulasan