Memaparkan catatan dengan label Set J (Preggy Momma). Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Set J (Preggy Momma). Papar semua catatan
Unknown
Vita-Lea Multivitamin Shaklee
Vita-Lea® Iron Formula - Multivitamin & Multimineral

Multi yang Hebat!

Makanan tambahan yang seimbang dan paling komprehensif di dalam sains Shaklee yang mampu dimiliki.  Vita-Lea diformulasikan khusus dengan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.

Mengandungi lebih nutrien, tenaga dan perlindungan

Pakar kesihatan mencadangkan semua orang dewasa mengambil makanan tambahan harian bagi menyokong kesihatan secara menyeluruh.  Walau bagaimanapun, pengambilan makanan tambahan biasa menyebabkan tubuh mendapat nutrisi yang tidak seimbang. Vita-Lea adalah formulasi premium yang disokong oleh tujuh kajian klinikal serta turut menggabungkan ramuan-ramuan terbaik dan kualiti yang luar biasa.

Penggunaan harian, Vita-Lea boleh:
  • Meningkatkan kesihatan secara menyeluruh
  • Menyokong jangka hayat hati, usus dan mata
  • Meningkatkan kekuatan tulang dan sistem imunisasi
  • Memberikan perlindungan menentang kerosakan radikal bebas
Siapa yang perlukan Vita-Lea?
Secara umumnya Vita-Lea amat bagus untuk dimakan oleh setiap orang.  Ini kerana kandungan Vitamin di dalam Vita-Lea yang merangkumi hampir seluruh badan.  Antara vitamin yang terdapat dalam Vita-Lea:


Vitamin D - Menyokong penyerapan kalsium untuk tulang dan gigi yang sihat
Beta Karotena - Meningkatkan kesihatan mata, kulit dan sistem imunisasi
Vitamin E - Menyokong kesihatan sekular dan meningkatkan kesihatan hati, usus dan
                  fungsi imunisasi
Kalsium - Menyokong kekuatan tulang, pengaliran urat saraf dan otot-otot
Boron - Membantu dalam metabolisma Vitamin D dan mineral yang terbabit dalam  
               perkembangan tulang
√  Magnasium - Menyokong kekuatan tulang, fungsi otot dan membantu dalam
                      mengekalkan tekanan darah normal dan denyutan jantung
√  Biotin - Membantu badan menghasilkan tenaga dari protein dan lemak
√  Lain-lain - Tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, warna dan bahan pengawet

Mieza Shaklee
           <ID No: 890282>


Unknown

Kelebihan Kalsium Shaklee (Ostematrix) Untuk Tulang

Anda tentu biasa dengar berkenaan kalsium kan? Rasanya jarang yang tidak tahu pasal kalsium kerana hari-hari kita dihidangkan dengan iklan susu. Semua sedia maklum yang susu mengandungi kalsium. Tahukah kita betapa peningnya kalsium? Kepentingan utama kalsium sudah tentu untuk membina tulang dan gigi yang kuat. Beberapa fakta menarik lain tentang kalsium (ostematrix) saya petik dari web Shaklee.

Selain dari untuk tulang dan gigi, kalsium berfungsi untuk:
1. Mengekalkan tekanan darah yang normal.
2. Membantu pengecutan otot dan saraf
3. Membantu mengurangkan sindrom PMS seperti kekejangan, kembung, moody. Amat sesuai bagi wanita   yang selalu berhadapan masalah bila didatangi haid.


Apa Ada Dalam Kalsium (Ostematrix) Shaklee?


KALSIUM

250mg kalsium dalam setiap caplets. Individu digalakkan untuk mengambil 1000mg kalsium setiap hari dan cara yang terbaik bukanlah ambil sekaligus 1000mg kerana ianya tidak akan menghasilkan kesan yang baik. Kenapa? Sebabnya kalsium dapat diserap dengan baik bila diambil dalam dos yang rendah. Sebaiknya adalah tidak lebih dari 500mg setiap kali pengambilan. Sebab itu Ostematrix Shaklee dicadangkan diambil 4 biji sehari di mana 2 biji diambil setiap pengambilan.
Dan Kalsium (ostematrix) juga baik diambil bersama makanan.Bukannya ketika perut kosong.

VITAMIN D

Kalsium memerlukan Vitamin D untuk membantu penyerapan yang baik. Tanpa vitamin D, badan tidak dapat mendapat cukup 'hormone calcitriol' (dikenali sebangai Vitamin D aktif). Bila tidak cukup hormon ini, badan akan mengambil kalsium dari rangka yang sedia ada, yang mana akan melemahkan tulang-tulang kita.


Kalsium dan Vitamin D sangat digalakkan untuk mengelakkan dari osteoporosis. Golongan yang paling sesuai untuk mengambil kalsium (ostematrix) adalah:


1. Ibu menyusu, mengandung
2. Suami/isteri bekerja yang selalu kepenatan dengan kerja
3. Warga emas
4. Wanita yang mengalami masalah PMS - sakit semasa datang bulan
5. Merka yang mengalami kekejangan otot


Salah satu hotselling produk di K3S ---> OSTEOMATRIX. 
Kenapa laris sangat Osteomatrix ni? Sebelum tu jom kenali apa dia Osteomatrix.

Osteomatrix adalah suplemen yang membekalkan Kalsium, Magnesium dan dilengkapi Vitamin D untuk kadar penyerapan yang lebih baik dalam tubuh badan.

"Ramai menganggap pil suplemen semua sama. Begitu juga apabila bercakap tentang sumber kalsium. Ramai yang menganggap semua kalsium adalah sama.

Jawapannya tidak. Kalsium, terutama pil kalsium adalah berbeza antara satu sama lain. Pil-pil kalsium terdiri dari pelbagai jenis, antaranya calcium carbonate, calcium lactate, calcium citrate, calcium gluconate dan sebagainya.


Itupun, pil kalsium sahaja tidak cukup kerana ia memerlukan Vitamin D untuk penyerapan.


Apabila kalsium diambil bersama vitamin D, ya hasilnya tulang dan gigi yang kuat. Tapi tahukah anda itu tidak cukup?


Kerana tulang yang kuat perlu 'melekat' antara satu sama lain. Oleh itu ia memerlukan mangan, boron, copper dan sebagainya sebagai simen.


Anda boleh perhatikan kandungan didalam Osteomatrix seperti dibawah:

Supplement Facts Serving Size: 4 Caplets Servings per Container: 30
Ingredients
Amt Per Serving
Units
%Daily Value
Total Carbohydrate
<1
g
<1%**
Vitamin D3 (as cholecalciferol)
400
IU
100%
Vitamin K (as phytonadione)
40
mcg
50%
Calcium (as calcium carbonate, calcium citrate and calcium citrate malate)
1,000
mg
100%
Magnesium (as magnesium oxide, magnesium citrate and magnesium gluconate)
400
mg
100%
Zinc (as zinc gluconate)
1.5
mg
10%
Copper (as copper gluconate)
0.2
mg
10%
Manganese (as manganese gluconate)
0.2
mg
10%
Sodium
5
mg
<1%
Boron (as trace mineral protein hydrolysate)
3
mg
*
** Percent Daily Values (DV) are based on a 2,000 calorie diet. * Daily Value not established


Inilah masanya untuk hadiahkan kepada yang tersayang! Duit bukan ukuran jika dibandingkan dengan kesihatan sepanjang hayat.


**(Testimoni Pengguna)**


Berat badan turun cepat dengan Shaklee OmegaGuard 

Hari pertama saya amik 3 biji selepas lunch....sepanjang petang sehingga malam saya merasa sangat dahaga , hanya ALLAH sahaja yang tahu. Saya tak de rasa lapar tetapi saya rasa sangat dahaga. Air botol 1.5Liter peneman ke mana saya pergi. Dah minum 3 botol, tekak masih dahaga. Malam pun sama. Hmm  memang pelik. Hari pertama lupa makan buah....so tak best ke toilet.

Hari kedua, saya cuba makan pagi pula, unik, sebab tengari saya cuma makan nasi 3 suap dah rasa kenyang tapi saya rasa sangat dahaga. So saya banyak minum air. Saya bancuh ESP, MealShake dan PD supaya saya lebih kenyang pada waktu tengahari. Malam memang tak berapa makan sebab dah kenyang dengan air.

Hari ketiga, makan waktu pagi juga dan lebih kurang dengan hari sebelum ini. So saya dapati saya perlukan buah yang banyak supaya tak mudah sembelit ke tandas nanti. Apa yang best, perut senang kenyang.

Berbanding saya amik lecithin dulu, saya mudah rasa lapar bila lambat makan. Mungkin sebab ia bakar lemak jadi badan perlu kalori untuk menggantikan yang telah dibakar. Beza amik Omega, mungkin sebab pengambilan 3 biji sehari buat badan panas, tekak juga beri signal dahaga agar minum lebih air. Bila kenyang air, kita tak berapa nak makan.

Namun saya masih amalkan lecithin sebab ia bagus untuk elakkan bloated.... kembung perut atau senak.

Bagi yang takut gemuk kerana air, saya sarankan seminggu atau 2 kali sebulan pergi berurut. Ia sangat membantu selain bersenam setiap hari. Mungkin ada sesetengah orang boleh kurus sebab senam setiap hari dan amalkan cara hidup sihat terutama mereka yang mempunyai metabolisme yang sangat tinggi, tapi bagi saya, saya tetap perlukan ejen pembakar lemak ini iaitu Omega dan Lecithin.

Sumber : AnakkuWiraku



Mieza Shaklee
         <ID No: 890282>
Unknown

Apakah makanan yang mengandungi zat B sebenarnya?

Antara makanan yang mengandungi vitamin B ialah gandum, daging, susu, kacang hijau, ragi, beras, telur, buah-buahan, gandum, ragi, hati, ikan, ginjal, kentang manis dan sebenarnya banyak lagi. Namun kita perlu tahu bahawa vitamin B yang lengkap atau nama lainnya ialah B Kompleks terdiri daripada lapan (8) vitamin B.

Apakah B-Complex?

B complex terdiri dari kumpulan lapan (8) vitamin B iaitu thiamin (B-1),riboflavin (B-2),niacin(B-3),pantothenic acid (B-5), pyridoxine (B-6), folic acid (B-9) and cobalamin (B-12) dan Biotin.

Apa kebaikan vitamin B-complex sebenarnya?
Banyak keperluan vitamin B complex ini, antaranya ialah untuk mengurangkan tekanan emosi dan kelesuan, Membantu dalam kestabilan saraf dan meningkatkan proses pemikiran, Menukarkan makanan kepada tenaga-menolong memetabolismekan karbohidrat, lemak dan protein, Mencegah barah serviks, penyakit jantung dan kecacatan spina, menggalakkan kesihatan system kardiovaskular yang lebih baik.




Apa kelebihan vitamin B complex Shaklee?

Selain lengkap dengan lapan kumpulan vitamin B , vitamin B Complex Shaklee dilengkapi dengan Sistem penyerapan Boaktif Berpaten. Lebih tepat lagi asid Folik, iaitu sejenis vitamin B tidak dapat diserap dengan mudah. Namun begitu Shaklee telah menghasilkan suatu selaput asid folik yang unik ntuk menjadikan zat tersebut lebih mudah diperolehi dan digunakan dalam badan.Teknologi berpaten ini adalah ekslusif bagi Shaklee. Secara ringkasnya Vitamin B yang lebih baik mempunyai ciri2 berikut :

Sistem penyerapan bioaktif berpaten
  •         Kesemua lapan (8) jenis vitamin B yang di perlukan termasuk Biotin
  •         Peningkatan penghantaran zat
  •         Tablet mudah ditelan
Siapa sebenarnya yang perlu B-complex?

Semua individu perlukan vitamin B... 
  • Terdedah kepada sinaran matahari
  • Terdedah kepada tekanan kerja dan beban kerja yang banyak
  • Mereka yang mempunyai sakit kencing manis , tekanan darah tinggi, migraine
  • Mereka yang tidak dapat focus dalam pekerjaan yang dilakukan.
  • Mereka yang hendak menjaga kecantikan tubuh badan
  • Mereka yang nak nampak cantik dan muda
  • Mereka yang mengandung dan menyusukan anaknya
  • Wanita yang mengambil pil perancang

Maka, jika anda mempunyai kekangan dalam memastikan pengambilan vitamin B yang lengkap, cubalah amalkan pengambilan suppliment B-Complex ini.


B-complex gemukkan badan?

Salah pendapat tu... Salah satu fungsi B-Complex ialah menukar makanan kepada tenaga. Tahukah anda selepas kita mengambil makanan kita akan merasa mengantuk disebabkan metabolisma sedang bertungkus lumus menjadikan makanan kepada tenaga, pada waktu ini B-Complex sedaya upaya menukar makanan kepada tenaga dengan segera.

kenapa ramai yang menganggap B-COMPLEX menggemukkan???

ini kerana B-Complex dimakan sewaktu perut kosong. tiada apa yang nak diitukar kepada tenaga menyebabkan zat-zat lain turut diambil..sebab tu kita akan berasa lapar dimana badan kita memberi signal bahawa B Complex memerlukan makanan untuk diproses menjadi tenaga.

Oleh itu B Complex sepatutnya dimakan selepas waktu makan atau sebelum makan B-complex perlulah mengisi perut dahulu.

Jadi, siapa kata B-Complex menggemukkan...malah ia menguruskan kita sekiranya kita makan dengan cara yang betul...kesimpulannya, amalkanlah cara pemakanan  vitamin dengan berilmu =)


Mieza Shaklee
         <ID No: 890282>



Unknown


APAKAH KEISTIMEWAAN DAN PERBEZAAN VITAMIN C SHAKLEE DENGAN VITAMIN C BIASA?

1. Vitamin C Shaklee didatangkan dalam bentuk sustained release iaitu dilepaskan dalam badan secara perlahan-lahan untuk membolehkan vitamin c sentiasa berada dalam badan kita. Memandangkan vitamin c adalah mudah musnah dan tidak dapat disimpan lama dalam badan, maka teknologi sustained release adalah sangat diperlukan.

2. Satu tablet vitamin C Shaklee adalah bersamaan dengan 7 setengah biji oren. Di mana ia akan dilepaskan perlahan-lahan dalam badan sebanyak 100mg setiap jam untuk satu tablet.

3. Vitamin C Shaklee didatangkan bersama-sama dengan bioflavonoid iaitu bahan penting yang akan membantu penyerapan vitamin c dengan lebih baik.

MANFAAT VITAMIN C



Kecantikan kulit
  • banyak kebaikan vitamin c dalam mengekalkan kulit yang cantik. Ia merangsang pengeluaran kolagen. Kolagen adalah sangat perlu kerana ia umpama gam yang mengikat sel-sel kulit kita untuk sentiasa tegang. jika kehilangan kolagen, kulit akan nampak berkedut dan tidak tegang.
  • mengurangkan garis-garis halus yang tidak diingini.
  • memutihkan dan memulihkan keadaan kulit yang kusam



Imuniti

  • dengan pengambilan vitamin c secara teratur dapat melindungi badan dari infeksi dan juga akan    menguatkan tulang dan gigi kita termasuk mempercepatkan penyembuhan luka. Sebab itu jugalah  wanita dalam pantang digalakkan untuk mengambil oren sebagai bahan untuk mempercepatkan penyembuhan luka.

Antioksidan

  • ia berfungsi sebagai antioksidan yang menghalang serangan radikal bebas di sekeliling kita. Apabila badan terhindar dari risiko serangan radikal, maka sudah tentu peluang untuk kita dijauhkan dari penyakit yang disebabkan oleh sistem imun badan dapat dielakkan.

Hypertension

  • ia juga dapat menurunkan kadar tekanan darah, dengan itu dapat mengurangkan risiko darah tinggi.








Siapa perlukan vit-c? 

~perokok;
~orang yg mudah stress sebab stress akan memusnahkan vit-c dalam badan;
~orang yg makan pil perancang sebab pil perancang jugak akan serap vit c dan akibatnye vit-c akan musnah cepat dalam badan;
~orang yg nak cantik kulit atau yg ade masalah kulit berjerawat atau eczema perlukan vit c utk membina kolagen kulit yg sihat dan perbaiki tisu kulit;
~semua org yg inginkan kesihatan yg baik sebab vit-c menyokong sistem imun dalam badan dan mengurangkan demam selsema yg berpanjangan, sebab tu dalam family wellness vit-c adalah di antara vitamin yg perlu diambil oleh semua orang kerana vit-c bersifat larut air dan ianya mudah dihapuskan dalam keadaan tertentu.

**TESTIMONIAL PENGGUNA VITAMIN C**

Antara pengalaman saya dan rakan-rakan dengan Vitamin C sustained release 500mg :

Pengalaman saya : resdung dan alahan saya Alhamdulillah dapat di control dengan sangat baik, selsema, demam yang semakin berkurangan yang menunjukan peningkatan yang bagus utk antibodi saya lebih2 lagi saya ade asthma, resdung dan mengambil pil perancang keluarga. Setiap pagi tiada lagi bersin-bersin.

Pengalaman Siti Sharina : Masa baby saya (2 bulan) dapat jangkitan demam campak besar. Sehari saya makan 2 biji (masa tu rasa nak makan 10 biji jerr so that demam dia cepat baik) alhamdullilah demam cepat surut infact dia tak high fever pun. Bekas campak cepat kering dan parut yang lubang2 tu pun Nampak dah beransur hilang.. dan satu lagi bila anak nak pergi cucuk 1st thing mama telan vitamin C 2 bij dulu.

Pengalaman Noor Syuhada : Masalah utama sejak dari kecil ialah penghadaman tak lancar, gusi berdarah setiap kali gosok gigi, sekarang dah takda lagi. Bila breastfeeding anak, dan anak terkena selesema, dengan pengambilan vitamin c, selesema anak sangat cepat kering dah pulih.

INFO TAMBAHAN
Vitamin C Shaklee juga boleh di buat masker.. ikuti cara-caranya membuat masker di bawah:













AMARAN!!

            










        !1 batang rokok mampu melupuskan 50-100mg vitamin c!
             ! Keresahan / stress akan percepatkan penyusutan vitamin c
      !Kontraseptif, pil penahan sakit dan pil perancang antara pil yang akan    menyusutkan vitamin c yang banyak
         !Terlebih dos vitamin c (melebihi 12 biji sehari) akan menyebabkan sedikit cirit birit


TAHUKAH ANDA??


Haiwan  menghasilkan  vitamin  c  mereka  sendiri  seperti  arnab  mampu menghasilkan 18,000mg vitamin c sedangkan manusi tidak dapat menghasilkan vitamin c. Tambahan pula, vitamin c larut air dan akan hilang berterusan dari tubuh kita. Oleh yang demikian, adalah perlu untuk kita mengambil vitamin c setiap hari kerana vitamin C tidak memberi kesan toksik. 

Setiap hidangan buah-buahan membekalkan 45-60mg vitamin c. Buah-buahan akan menghasilkan vitamin c yang lengkap dalam masa 10 hari selepas buah ranum. Tetapi kandungan vitamin c tersebut akan berkurangan kepada separuh apabila dipetik dan akan musnah apabila terdedah kepada kepanasan.

Mieza Shaklee
         <ID No: 890282>