Memaparkan catatan dengan label Detox. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Detox. Papar semua catatan
Unknown
LECITHIN MAMPU MEMECAH LEMAK DAN CEGAH RAMBUT GUGUR

APA TU LECITHIN?
  • Lecithin nie adalah sumber mentah setiap sel dalam badan.
  • Merupakan gabungan choline, inosite dan essential fatty acids yg lain.
Lecithin Shaklee diperolehi secara semulajadi  daripada kacang soya. Setiap kapsul gel lembut menyumbang 530mg lecithin.

Kolina merupakan satu komponen asetilkolina neurotransmiter yang terlibat dalam penghantaran mesej ke otak dan sistem saraf.  Soya lecithin merupakan sumber utama kolina.


APA MANFAAT LECITHIN PADA DIRI ANDA?
  • Lecithin ni membersihkan saluran darah dan juga pengemulsi semula jadi;
  • Ia mengawal penggumpalan platlet darah/thrombus;
  • Supaya otak kita cerdas;
  • Mengurangkan nyanyuk pada org-org tua;
  • Mengekalkan kandungan air dalam kulit;
  • Mengalakkan penyerapan vitamin yg larut lemak;
  • Merupakan emulsifier yg kuat. Ia boleh mengemulsikan lemak sebesar bola menjadi bintikan lemak yg kecil;
  • Membantu pengaliran lemak;
  • Boleh diumpamakan sebagai pembakar yg membakar lemak dalam badan;
  • Menggalakkan metabolisme lemak dan mencegah hati berlemak.

SIAPA YANG BOLEH MENGAMBIL LECITHIN?
  • Mereka yang nak kurus termasuk ibu menyusu
  • Pesakit diabetes dan buah pinggang
  • Penderita stroke
  • Mereka yang kolesterol tinggi
  • Mereka yang mengalami inflamasi
  • Mereka yang sukar tidur

TAHUKAH ANDA?
  • Pesakit Diabetis tidak boleh kekurangan Lecithin.
  • Penggunaan Protein dan Choline (ada dlm Lecithin) boleh meringankan sakit buah pinggang.
  • Kalau badan kita kekurangan inosite, (also komponen yg membentuk Lecithin seperti juga Choline tadi) kepala kita boleh botak atau keguguran rambut.
  • Alcohol dan carbohidrat boleh menambah lemak dalam darah dalam masa 2 jam
  • Lecithin boleh merawat keradangan.

SUMBER MAKANAN YANG TINGGI LECITHIN
  • Soya - Lecithin Shaklee dibuat daripada soya.
  • Telur

KESAN KEKURANGAN LECITHIN
  • Rambut gugur
  • Tidak dapat fokus dengan baik
  • Sering sakit dan mengalami keradangan

KHASIAT LECITHIN:
  • Membantu mencegah penyakit yang berkaitan dengan lebihan lemak dalam badan, seperti darah tinggi, stroke, sakit jantung dan lain- lain. ini kerana lecithin bertindak sebagai pelarut lemak. 
  • Memecahkan lemak, dan jika diambil untuk mengurangkan berat badan, dan jika anda turut bersenam, lecithin mampu membakar lemak dengan lebih cepat. 
  • Peranan dalam penyerapan zat- zat penting dari saluran darah ke dalam sel badan kita. 
  • Membantu melindungi sel darah merah kita daripada serangan virus dan bakteria. 
  • Membantu masalah insomnia. Ianya sumber kepada hormon neurotransmitter yang membantu proses tidur. 
  • Membantu mencegah eczema, kerana ia adalah zat kecantikan (untuk kulit, rambut).
  • Pelincir kepada sendi- sendi badan kita. 

**Testimonial Pengguna**

Testimonial Puan Izan
Mieza Shaklee
           <ID No: 890282>

Unknown
DTX COMPLEX MERAWAT HATI

Hati merupakan antara organ terpenting di dalam tubuh. Di antara fungsi hati ialah:
  • Tukar makanan kepada tenaga.
  • Kawal pembekuan darah, pengeluaran & perkumuhan kolesterol, dan kawal penyimpanan lemak.
  • Hasilkan hempedu - bahan yang membantu anda menghadam makanan & menyerap nutrien-nutrien penting.
  • Bantu dalam menolak jangkitan-jangkitan dengan menghasilkan faktor-faktor imun, serta menyingkirkan bakteria dari dalam darah.
  • Menyimpan viamin penting, tenaga & mineral, serta merembeskannya ke dalam darah apabila diperlukan.
Hati turut memainkan peranan utama di dalam penyahtoksikan (detoxification) dengan memetabolismekan dan memisahkan dadah, alkohol dan toksin-toksin alam sekitar.

Apabila sistem penyahtoksikan semakin tepu, toksin yang terkumpul akan menyebabkan keletihan, sakit kepala, rasa loya dan pening, dan adakalanya mewujudkan masalah kulit seperti jerawat.

Dari manakah datangnya benda-benda toksin ini? Dalam dunia moden hari ini, lebih 5 bilion lbs bahan kimia dilepaskan ke dalam persekitaran, makanan yang kita makan, udara yang kita bernafas dan hidup saban tahun. Tambahan pula banyak makanan mengandungi pewarna, pengawet, sisa racun perosak, nitrat, minyak terhidrogen dan ejen-ejen lain yang mempunyai karsinogen. Jadi, dengan kata lain usus-usus kita juga tidak terlepas perlunya proses DETOX.



Detox dengan kata lain ialah ‘membersihkan dan menyucikan badan dari dalam’. Ia penting untuk penyerapan nutrien/vitamin. Sekiranya organ yang terlibat dalam penyerapan vitamin seperti usus mengalami masalah, kemungkinan besar vitamin tidak boleh diserap dengan sempurna.



Shaklee DTX Complex menyediakan sokongan pemakanan untuk fungsi hati yang sihat dengan satu formula unik herba-herba dengan antioksidan dan aliran hempedu yang diperkaya.

Gabungan unik bahan botani dalam Shaklee DTX Complex menyokong kesihatan dan fungsi hati dengan dua cara:

  1. Ekstrak biji benih Milk Thistle, biji benih Schizandra Chinensis dan cendawan Reishi mempunyai ciri-ciri antioksida, menawarkan perlindungan untuk sel-sel hati dan dipercayai dapat meransang sintesis protein bagi pemulihan dan pembentukan semula sel-sel hati
  2. Pati Dandelion, Kunyit dan Artichoke membantu mengekalkan aliran hempedu normal, menyokong satu daripada organ (hempedu) yang diperlukan untuk mengeluarkan sebatian-sebatian toksik daripada tubuh.
Pembersih Usus/Colon Detox

Badan yang sihat mengandungi bertrilion mikroorganisma baik. Majoriti bakteria baik ni tinggal di dalam usus dan dirujuk sebagai  mikroflora. Sekurang-kurangnya 400 jenis mikroorganisma yang dijumpai dalam saluran gastro-usus; dan  berjumlah kira-kira 3 lbs bakteria dalam usus kita sepanjang masa. Tugas bakteria baik ini ialah untuk mengawal penguasaan bakteria jahat. Bakteria baik haruslah berada dalam jumlah optimum untuk mengawal bakteria jahat.


DTX Complex SHAKLEE mengandungi ekstrak semulajadi bahan di bawah:
  • milk thistle seed
  • schizandra chinensis seed (tanaman yang berasal dari China yang dah digunakan selama lebih 2000 tahun untuk meningkatkan jumlah enzim detoksifikasi di dalam hati)
  • cendawan Reishi (dikenali kerana sifat antioksidannya)
  • dandelion
  • kunyit
  • artichoke (untuk membantu mengekalkan aliran hempedu yang normal)
Punca Utama Ketidakseimbangan Bakteria
  • penggunaan antibiotik.
  • umur
  • pemakanan yang tidak sihat
  • pengambilan serat yang rendah
  • kontraseptif oral
  • ubat-ubatan seperti aspirin dan kortikosteroid
  • tekanan
  • pengambilan gula yang tinggi
DTX Complex™ menyediakan makanan sokongan bagi fungsi hati yang sihat dengan satu formula herba yang unik dengan antioksidan. Antara kebaikannya adalah:-
  • Mempertingkatkan cici-ciri aliran hempedu.
  • Membekalkan Antioksidan yang menyahtoksikkan hati
  • Melindungi dan meransang keupayaan normal badan dalam mengekalkan sel-sel hati yang sihat


*Sangat sesuai untuk mereka yang selalu mengambil makanan fast food dan makan di luar =)


Mieza Shaklee
           <ID No: 890282>

Unknown

Bawang putih secara tradisinya digunakan untuk melegakan batuk, selsema dan membantu peredaran darah yang baik dan sebenarnya mempunyai khasiat sebagai antibiotik alami di dalam tubuh manusia. Bawang ini telah dikenal pasti dapat memecahkan kolesterol yang menyekat perjalanan darah pada salur darah dan kolesterol ini dikenal pasti sebagai punca kepada penyakit darah tinggi. Ia juga membantu menyegarkan pernafasan sekalipun tempat yang banyak karbon monoksida (asap kenderaan).

Oleh yang demikian, Shaklee telah mengeluarkan produk dari bahan alami ini sebagai bahan pemakanan harian yang mampu memberi seribu manfaat kepada pengguna. Garlic Shaklee yang unik mengekalkan komponen semulajadi bawang putih segar termasuk pembentukan alisin dengan mengabungkn bawang putih, spearmint dan rosemary. Memandangkan begitu banyak khasiat bawang putih ini adalah di cadangkan mengambil Garlic Shaklee sebagai makanan tambahan.




Ianya dibuat dari bawang putih jenis premium, bebas dari racun perosak dan ditanam secara organik di California,USA sewaktu musim panas. Dihasilkan secara eksklusif pada suhu bilik tanpa haba untuk memastikan pengekalan 100% Allicin aktif (tidak  semua tablet garlic yang dijual dipasaran mengandungi Allicin aktif). Dwi teknologi digunakan untuk mengawal bau garlic. Kajian menunjukkan perisa herbanya terhasil dari kombinasi 2 ekstrak herba (Rosemary and Spearmint). Ianya mengandungi pelbagai vitamin E untuk meningkatkan sebatian aktif garlic dan keberkesanannya di dalam tubuh kita. 

Kegunaan Allicin Pada Bawang Putih Untuk Kesihatan Manusia
  • Mengurangkan pemendapan atesklerosis dan lemak
  • Menormalkan keseimbangan lipoprotein
  • Menurunkan tekanan darah
  • Mempunyai anti-darah beku dan anti-ativiti radang
  • Berfungsi sebagai anti-oksidan
  • Bersifat antibiotik dan antibakteria semulajadi
  • Bantu rawat jangkitan kulit seperti penyakit kaki makan air
  • Bantu rawat asthma

Kepentingan Supplement Garlic Kepada Kesihatan Tubuh

1.    Meningkatkan tahap sistem penghadaman, fungsi jantung yang baik kerana mengandungi ekstrak spearmint.

2.    Merupakan Antibiotik semulajadi yang selamat dan sangat bagus untuk pertingkatkan sistem keimunan badan supaya boleh menghalang sakit berjangkit seperti selesema, kulat, kuman, virus dan yis candida

3.    Membantu atasi masalah alergi dengan meningkatkan keimunan terhadap  penyakit alergi seperti hidung yang sensitive, sinus, alergi, asthma, selesema dan hepatitis

4.    Meningkatkan dan membantu dalam masalah sistem penghadaman seperti kembung perut, senak perut, ulser gastrik dan ketidakhadaman.

5.    Menstabilkan tekanan darah tinggi dengan pengambilan konsisten 2-4 biji tablet   Garlic sehari selepas makan. Garlic dapat mengeluarkan raksa, plumbum, kadmium yang merupakan logam toksik dalam tubuh dengan pantas. Logam toksik ini antara penyebab tekanan darah tinggi meningkat.

6.    Melindungi sel-sel darah dari kemusnahan yang disebabkan kehadiran logam dalam tubuh dan sekaligus menghalang kerosakkan hati oleh bahan kimia yang terkandung dalam tubuh tanpa kita sedari.

7.    Membantu menurunkan paras kolestrol, LDL, trigliserid dan kelikatan darah, mengurangkan bekuan darah, meningkatkan HDL, melindungi jantung dan menghalang strok dan penyakit koronari.

8.    Membantu merawat kanser serta membantu mengurangkan peratusan  bahan pencetus kejadian kanser iaitu Nitrosamine. Garlic merupakan anti-oksidan kerana  mengadungi sebatian selenium+germanium+acid amino yang melindungi tubuh dari radikal bebas yang merupakan antara penyebab kanser.

9.    Mengelakkan Odema iaitu air tekumpul dalam badan terutama pada kaki dan pergelangan kaki

10.  Membantu menangani masalah organ-organ pernafasan tersumbat akibat batuk dan brokitis yang berterusan, sakit kerongkong, selesema dan resdung (sinus)

11.  Bagi yang mempunyai Diabetes - Garlic dapat meningkatkan pengeluaran insulin dan meransang hati untuk mengawal gula dalam darah

12. Mampu melawan bakteria dan smeua jenis jangkitan pada:
      ~ Kerongkong & Telinga (throat & ear infection)
      ~ Perut memulas (stomach upset)
      ~ Cirit-birit (Diarrhea)
      ~ Bronkitis
      ~ Luka-luka (infected wounds)
     ~ Jangkitan yang berulang-ulang seperti telinga, kerongkong, gusi, mulut, dada, sistem air  
         kencing

 2 tablet garlic = 1000 mg ekstrak garlic tulen ( 2 ulas garlic segar)

Mieza Shaklee
           <ID No: 890282>

Unknown

Tahukah anda, kebanyakan penyakit berpunca daripada usus?

Di Shaklee kami ada vitamin untuk anda yang mempunyai masalah sistem penghadaman nie.  Tapi, saya tak mau cerita pasal itu, anda boleh google untuk lebih info.

Yang saya nak kongsikan ialah mengenai Shaklee Herb-Lax.


Ramuan asas produk ini terdiri daripada kobinasi sains perubatan tradisi dan teknologi barat. Ia mengandungi 9 herba semulajadi : alfalfa leaves, senna leaves, anise seed, blue malva flower, buckhorn bark, locorice root, rhubarb root, fennel seed and culver's root. Sifatnya yang menggalakkan tindakan pembersihan yang lembut terbukti kesesuaiannya secara klinikal untuk digunakan oleh tubuh kita untuk jangka masa panjang.



MANFAAT UTAMA  

1. Pembersihan Najis tersekat 

2. Meransang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh badan kita. 

3. Membantu masalah sembelit 

4.Tindakan pembersihannya yang lembut boleh menggembalikan semula proses semulajadi pergerakkan usus (natural bowel movement) dan secara langsungnya membantu masalah sembelit.  

5.Mengempiskan perut 

6. Ia membantu dalam mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut. Sesuai di ambil seperti biasa atau dicampurkan dalam air panas, sebagai minuman teh herba.


REKOMENDASI 

Untuk kesihatan berpanjangan : 2 kali seminggu ( 4 biji setiap kali sebelum tidur)

Untuk pembersihan usus / detoksifikasi, melawan kanser , mengawal berat badan : 2 kali sehari - 3 biji setiap kali (selepas makan dan sebelum tidur) 

SUMBER

Mieza Shaklee
         <ID No: 890282>
Unknown
Mealshake Banyak Manfaat

Personally, saya sendiri sukakan Mealshakes ni, bila buka bekasnya aroma wangi vanilla yang memikat selera semua pasti memikat anda untuk mencubanya. 

544g
6 Fakta menarik tentang Mealshakes:
1. Menyediakan 24 jenis vitamin A- Z ,mineral dan ‘Trace Mineral’.
Kekurangan ‘trace mineral’ akan memberi kesan kepada penyerapan vitamin-vitamin dan menyebabkan enzim tidak aktif. Ia juga mengandungi soya lecithin yang bertindak dengan vitamin larut lemak.
*Sesuai untuk mereka yang susah menelan pil dan juga mereka yang ingin menjaga berat badan.

2. Membekalkan Nutrien Kepada Sel-sel
Kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa) yang membantu dalam membentuk kulit, kuku, rambut,organ-organ, darah, sel-sel imunisasi dan sebagainya.
*Badan lebih sihat. Malah Protien juga penting untuk penghasilan susu badan.Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang menyusukan anak.

3. Untuk Pembesaran
Mengandungi asid folik, Biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel dalam proses membesar.
*Sesuai untuk tumbuhbesaran anak-anak dan juga sesuai untuk ibu-ibu yang sedang mengandung.

4. Anti-oksida
Mengandungi vitamin A, C, E, zink dan selenium yang merupakan komponen anti-oksidan untuk anti-penuaan.
*Sesuai untuk mereka yang ingin kelihatan lebih muda dan mementingkan kecantikan.

5. Pemulihan Kulit
 Mengandungi lengkap vitamin B-Kompleks, iron, copper untuk membentuk sel darah merah yang sihat, sekali gus meningkatkan warna kulit.
*Sesuai untuk mereka yang inginkan kulit yang cantik dan halus mulus.

6.Detox
Kaya dengan serat yang membantu (peristalsis kolon dan perut / buang air besar) untuk menyingkirkan lemak berlebihan dan bahan buangan daripada kolon dan perut.
*Sesuai untuk kanak-kana serta orang dewasa yang sering mengalami masalah sembelit.


Mealshake merupakan minuman bernutrisi yang menyediakan hidangan lengkap dan asid amino serta nutrisinya mudah diserap untuk kegunaan harian.
Ia diperbuat daripada bahan semulajadi - buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya, lactalbumin (sejenis susu) dan lain-lain.

Lactalbumin adalah bahan yang terbaik dan mengandungi organisma protein yang sangat berkualiti dan mudah diserap ke dalam sistem tubuh dari peringkat bayi hinggalah ke peringkat orang dewasa. Ia mengandungi pelbagai nutrisi seperti immunoglobulin, lactoferrin, bacteriolysin dan sebagainya.


Siapakah patut minum Mealshake ini?

Meal Shake Shaklee dihasilkan untuk semua golongan - bayi, pelajar, kanak-kanak sedang membesar, ibu mengandung, para atlet, vegetarian, orang sakit, orang sibuk bekerja dan orang yang selalu mengambil makanan segera (makan tidak tentu).

Jika anda mencari sarapan pagi yang penuh khasiat, MealShake Shaklee adalah pilihan yang tepat sekali!


Jom kita tengok manfaat utama Meal Shake Shaklee ini:

1. Nutrisi Lengkap

~mengandungi 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu. Kekurangan pengambilan zat akan menyebabkan menyukarkan kadar penyerapan vitamin dan mineral oleh tubuh kita. ia turut mengandungi lecithin soya yang bekerjasama dengan vitamin larut lemak


2. Membekal nutrisi kepada sel tubuh

~kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa), membantu pembinaan sel kulit, kuku, rambut, darah, organ, imun dan lain-lain.

3. membantu tumbesaran

~mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel untuk proses pembesaran tubuh badan

4. Anti oksida

~Mengandungi vitamin A, C, E, zink dan selenium yang merupakan agen anti oksida yang bertindak melawan jangkitan dan melambatkan proses penuaan.

5. Mengembalikan seri wajah

~mengandungi vitamin B yang lengkap, zat besi dan kuprum yang cukup untuk membina sel-sel darah yang sihat, sekaligus memberi kompleksi wajah yang lebih cantik

6. detokfikasi

~kaya dengan serat larut untuk membanu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut dan usus

7. kelazatan rasanya

~ minuman yang lazat untuk diambil bersama fruktosa semulajadi, penggantian segera terhadap kekurangan vitamin, mineral dan juga tenaga. tidak mengandungi sebarang pewarna dan gula tiruan.

Jadi... Jom tempah satu canister Meal Shake Shaklee hari ini. Baik untuk anak anda mahupun anda =). Hati ibu mana yang tak gembira melihat anak makan berselera dan pastinya hidup anda juga semakin ceria <3

Note: Bagi ibu-ibu menyusu pula, Jika anda ada kekangan  untuk beli ESP Shaklee, boleh juga menggantikan Mealshake. So, bagi yang nak order vitamin penyusuan, anda boleh membeli fullpack vitamin B, C, Ostematrix dan Mealshake. Tak perlu ambil vitalea dan ESP kerana ia telah digantikan dengan Mealshake.

Mieza Shaklee
         <ID No: 890282>


Unknown


Assalamualaikum...

Bulan November ini adalah bulan promosi Alfalfa Complex Shaklee (beli 6 percuma 1). Jadi, saya ingin membawa anda lebih dekat mengenai Alfalfa complex yang di puja ramai ini.
Alfalfa Complex adalah product signature by Prof Shaklee sendiri.. so dekat botol tu akan ada dia punya sign "Signature Orginal Formula".

Alfalfa dalam bahasa saintifik adalah Medicago sativa yang mana tumbuhan sangat terkenal di negara2 barat sejak 2500 tahun sebagai tumbuhan yg kaya nutrisi dan mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan.
Apa yg best tentang alfalfa Shaklee ini adalah ia bebas dari pestisid, herbisid, dan tidak menggunakan bahan kompos/baja kimia dalam penanamannya.

 

Raja Segala Tumbuhan adalah sebab ia mempunyai gred yg paling tinggi di kalangan tumbuhan alfalfa. Bahagian yang penting ialah akar dan daunnya. Akarnya boleh mencapai hingga 20 kaki ke dalam tanah untuk menyerap segala mineral dan nutrisi, manakala daunnya sangat kaya dengan klorofil. Daun2 ini akan dikeringkan dengan udara supaya khasiatnya dikekalkan, dan apabila kering, ia dibiarkan menjadi serbuk kemudian dikompreskan menjadi tablet. Seluruh proses ini adalah di bawah pengawasan yg sangat ketat oleh Shaklee.. Anda akan dapati serbuk2 alfalfa ada di dalam botol menunjukkan ia sememangnya semulajadi.

Satu tablet alfalfa mengandungi 300mg alfalfa yg kaya dengan asid amino, klorofil, serat, 15 zat galian, 10 vitamin, 8 enzim dan fitokimia.
10 biji alfalfa (hidangan maksimum setiap hari) menyamai segelas susu!!


Khasiat alfalfa:

1. Mencuci hati, darah dan usus
Alfalfa adalah makanan beralkali tinggi yg sangat penting untuk mengembalikan kenormalan badan yang berasid (hiperasiditi), menghilangkan toksin dari badan (agen detoksifikasi yg bagus), membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot.

2. Melawan alahan
Memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitif, kurap, bau badan, dan ulat air (athletes foot) dengan berkesan.

3. Bagus untuk perubahan patologi usus dan perut
Memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, hiperasiditi, ulser gastrik, hepatitis dan sembelit

4. Menyingkirkan lemak dan kolesterol
Kajian klinikal menunjukkan penggunaan jangka panjang alfalfa akan menyingkirkan lemak, mengurangkan kolesterol, mencegah penyakit jantung, stroke, dan darah tinggi. HANYA alfalfa sahaja yang mengandungi saponin bertikdak sebagai serat yang menyerap lemak dan kolesterol seperti span!!

5. Melawan tumor
Memakan 30-50 tablet untuk mengalkalikan badan, dengan itu memperbaiki sel-sel kanser dan membuang tumor.

6. Rawatan kepada kebanyakan penyakit dan melegakan keletihan

7. Mencegah atritis 

Siapa yang MESTI ambil Alfala Complex Shaklee?
  • Wanita menyusu sebab alfalfa juga dikenali sebagai milk booster!
  • Sebagai perapat bagi wanita lepas bersalin
  • Suami dan isteri 
  • Pengidap alahan hidung/resdung/ sinusitis
  • Ulser mulut sebagai agen detoks dan anti-inflamasi
  • Mulut berbau/ nafas berbau sebagai detoks bau dan menyegarkan nafas
  • Hidung berdarah kerana vitamin K membantu pembekuan darah
  • Perokok kerana ia sebagai agen detoks hati, peparu, otak, tisu
  • Gastrik/ulser perut kerana ia dapat mengurangkan keasidan dan inflamasi
  • Masalah pundi hempedu
  • Masalah pencernaan
  • Sembelit kerana ia mengandungi serat
  • Hepatitis
  • Hati berlemak
  • Buasir
  • Cirit birit untuk menggantikan mineral yang hilang
  • Ketagih alkohol untuk menurunkan kadar asid urik
  • Anemia
  • Kolesterol tinggi
  • Diabetes kerana kromium membantu menstabilkan gula dalam darah
  • Gout
  • Hipotiroidisme kerana Iodine adalah bahan asas hormon tiroid
  • Infeksi saluran urin senagai bahan antikulat
  • Batu karang
  • Kebas, letih, lesu dengan merendahkan kandungan asid dalam badan
  • Akne, jerawat
  • Kelemumur kerana iodin  untuk pertumbuhan rambut dan pemulihan kulit kepala
  • Sakit sendi/sakit2 badan dengan mengurangkan keasidan
  • Masalah keputihan sebagai agen antikulat
  • Fibroid, sista
  • Kanser
Haaa amekkk.. tu dia di antara 1001 fungsi Alfalfa. Jadi, anda dah tahu kan kenapa Alfalfa dipanggil Raja Segala Tumbuhan dan dipuja oleh ramai orang? Jangan lepaskan peluang menarik ini!! Harganya juga menarik.. Nak tahu lebih lanjut PM saya k..

 Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.

AMARAN : Alfalfa TIDAK BOLEH diambil oleh pesakit SLE



Mieza Shaklee

ID : 890282